facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

SPRM RM2.6 BILION ADALAH SUMBANGAN DARI PENDERMA - SPRM

loading...






KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa dana RM2.6 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu adalah dana sumbangan penderma, bukannya milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, SPRM memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International.


Laporan hasil siasatan itu juga telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.


SPRM juga turut memaklumkan bahawa mereka akan terus menyiasat SRC International termasuk yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.


Melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas wujud pelbagai siasatan yang diadakan secara serentak ke atas beberapa organisasi berkaitan.


SPRM sendiri memberi tumpuan siasatan ke atas SRC International dan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sementara Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan. - ASTRO AWANI
loading...

0 Response to " SPRM RM2.6 BILION ADALAH SUMBANGAN DARI PENDERMA - SPRM"

Post a Comment