loading...
"Walaupun kelihatan bergaya dan ranggi, fesyen lolita muslimah masih mematuhi prinsip-prinsip agama Islam,".
Memang benar, budaya Jepun yang terkenal dengan comel dan kawaii mudah diterima dan telah tersebar ke seluruh dunia.
Dalam pelbagai jenis gaya hidup yang diinspirasikan dari Jepun, fesyen Jepunlah yang paling mudah menarik perhatian.
Orang Jepun memang suka mengamalkan konsep 'Tak Peduli' dalam berfesyen. Semakin pelik, sesuatu fesyen yang digayakan, semakin fashion forwardlah seseorang itu.
Mereka tidak akan judge apa saja pilihan fesyen yang kamu gayakan, asalkan kami berani menggayakannya. Tetapi jika diperhatikan, orang Jepun suka gunakan warna-warna terang dan berwarna-warni dalam berpakaian.
Fesyen Jepun memang sangat daring dan pelik sehingga beberapa artis barat juga turut menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam muzik dan perniagaan mereka.
Bagaimana pula penerimaan fesyen ini di Malaysia? Sama juga. Fesyen Japanese Loliti ini telah lama mendapat tempat di hati gadis-gadis remaja di negara ini sejak tahun 2009 lagi.
Fesyen lolita mengetengahkan gaya skirt kembang paras lutut atau dress berbentuk cupcakes dengan dibantu peticoat atau kain dalam. Ia diinspirasikan dari fesyen lama kanak-kanak dan remaja Inggeris yang diberi sentuhan baru ala Jepun, iaitu sara dengan aksesori seperti topi, bow tie, kasut boot tinggi dan sebagainya.
Fesyen ini juga telah mula mendominasi keinginan berfesyen buat para remaja Muslimah Melayu. Untuk menjadikannya sesuai dengan orang Islam, ia digayakan dengan skirt atau seluar panjang.
Baru-baru ini laman Facebok Imuslim Academy memuat naik video temubual antara stesen TV7 dan lolita Muslimah tempatan.
Menurut penggemar fesyen ini, walaupun kelihatan bergaya dan ranggi, ia masih lagi mematuhi prinsip-prinsip agama Islam. Namun begitu, ramai juga yang kurang bersetuju dengan pendapat itu.
Pada pendapat kami, tidak salah berfesyen dengan gaya apa pun asalkan ianya tidak keterlaluan dan tidak melanggar syariat Islam.
Berdasarkan fesyen yang dipakai oleh lolita ini, pakaian mereka memang longgar. Cuma ia nampak sedikit keterlaluan dan lebih mudah menarik perhatian ramai mungkin kerana penggunaan aksesori yang sarat ataupun ropol-ropol yang banyak.
Tetapi kami berpendapat, jika benar ia menarik perhatian pun tiada salahnya kerana pakaian yang dipakai masih lagi dalam kategori sopan dan tidak memalukan. Aksesori berlebihan? Itu terpula pada selera fesyen masing-masing.
Terlalu mahal dan membazir? Kami rasa ia sama saja dengan fesyen bertudung yang lain di mana seseorang itu sanggup berbelanja besar untuk jenama tudung tertentu atau sanggup memakai lebih dari selapis tudung demi kelihatan cantik.
Selagi ia tidak melanggar undang-undang, tidak melanggar hukum agama dan tidak mendatangkan keburukan, kenapa tidak? Apa pendapat anda?
Apa-apa pun, inilah 7 konsep sebenar dalam memakai tudung yang digariskan oleh agama Islam. Sama-sama kita perbaiki kelemahan yang ada dalam diri
loading...
0 Response to " SESUAIKAH FESYEN 'LOLITA' PADA MUSLIMAH?"
Post a Comment