loading...
KUALA LUMPUR - Video seorang anggota polis wanita memberikan layanan istimewa kepada Datin Rosmah Mansor tersebar meluas di media sosial.

Video rakaman yang diambil ketika Rosmah Mansor menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama dengan media berlangsung di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam semalam.
Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang anggota polis wanita memakaikan kasut ke kaki Rosmah ketika beliau mahu berangkat ke destinasi seterusnya.
Ekoran itu, netizen mengkritik tindakan yang tidak masuk akal itu kerana layanan seperti itu tidak wajar diberikan.
Ramai yang berkata Rosmah Mansor bukanlah manusia yang tersangat istimewa sehingga perlunya orang lain memakaikan kasut di kakinya.
Namun ada segelintir netizen yang berpandangan mungkin tubuh badan Rosmah itu menyukarkan dirinya untuk memakai kasut sehingga memerlukan pertolongan dari wanita berkenaan.
Malangnya, pandangan seperti itu tidak dapat diterima oleh kebanyakan netizen yang rata-ratanya menegaskan kasut sendiri hendaklah dipakai oleh diri sendiri.
Secara tidak langsung, insiden ini memberikan imej yang buruk terhadap Rosmah dan Najib. Sehingga kini cybertroopers kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini
loading...
0 Response to "VIDEO ROSMAH DIPAKAIKAN KASUT DIKRITIK NETIZEN"
Post a Comment