loading...
LUPAKAN tatu berdakwat! Sekarang ini orang Barat mempunyai kegilaan terbaharu iaitu ‘membakar’ kulit atau sunburn kulit dalam usaha untuk memperolehi corak unik di tubuh badan mereka.
Walaupun kelihatan unik dan menarik namun menurut pakar kesihatan kulit, trend ini tidak sihat malah boleh mendatangkan risiko kanser kulit.
Trend seni sunburn ini mula mendapat sambutan selepas hashtag #sunburnart mula dipopularkan di laman-laman sosial seperti Twitter dan Instagram.
Tubuh badan dijadikan sebagai kanvas corak atau lukisan yang diingini sebelum mereka berjemur selama berjam-jam di bawah terik cahaya matahari atau berada dalam mesin tan kulit bagi tujuan itu.
Selepas itu, badan akan bertukar ‘artistik’ dengan terbentuknya corak unik seperti dihajati.
Menurut Persatuan Kanser Kulit Sedunia, trend itu adalah sesuatu yang sangat tidak baik memandangkan risiko yang bakal dihadapi sangat berbahaya.
“Kami setegas-tegasnya menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti sunburnapa lagi sunburn art. Ianya bukan sahaja menyakitkan malah banyak risiko lain bakal dihadapi sekiranya perkara itu tidak dibendung.
“Sunburn berisiko melenyapkan DNA kulit, meningkatkan kadar penuaan dengan lebih cepat dan berkemungkinan besar anda berisiko menghidap kanser kulit.
“Menerusi kajian, remaja merupakan golongan paling berisiko menghidap kanser kulit,” kata jurucakap persatuan tersebut.
Aktor popular Hollywood Vin Diesel, antara selebriti yang turut mempromosikan sunburn artdi laman Twitter baru-baru ini apabila memuat naik gambar sunburn art yang disifatkan satu perkara yang cukup in dan glamor pada masa kini.
loading...
0 Response to "Trend ‘Bakar’ Kulit Dengan Corak Unik Berisiko Dapat Kanser Kulit"
Post a Comment