loading...

KUALA LUMPUR - Dr Fathul Bari Mat Jahya hari ini menegur perbuatan sesetengah ibu bapa yang membenarkan anak-anak menjadikan patung wira kanak-kanak bersolat dan menjadi makmum adalah satu perbuatan yang sia-sia walaupun dengan niat untuk mengajar bersolat.
Menurutnya, walaupun ia nampak remeh, tidak wajar untuk dijadikan sebagai bahan lawak.
"Jangan sampai mengajar anak bersolat dnegan membawa Ultraman dan semua patung-patung ini. Ia hanya fantasi yang tidak berfaedah, merapu serta sia-sia.
"Kenapa mahu jadikan patung-patung itu sebagai idola untuk mendidik anak bersolat? Macam kanak-kanak di Barat, mereka suka Cinderella, Frozen dan ia seperti sudah mula merebak kepada kanak-kanak di negara kita.
"Benda-benda ini semua tidak hidup, nanti anak-anak yang hendak bersolat jadi obses kepada patung ini dan lari daripada niat untuk bersolat pula," katanya kepada wartawan Astro Awani mengulas tentang beberapa foto kanak-kanak lelaki bersolat dengan beberapa patung Ultraman yang menjadi maklumnya.
"Ini tanggungjawab ibu bapa, ayah jadi imam dalam solat, bukan anak-anak jadi imam dan Ultraman jadi makmumnya. Lebih elok juga cerita kisah-kisah Nabi dan para sahabatnya agar anak-anak suka bersembahyang dan melakukannya mengikut cara Islam.
"Anak-anak sekarang rasanya lebih kenal jenis-jenis adik beradik Ultraman daripada mengetahui kisah sahabat nabi serta sejarah perkembangan syiar Islam," katanya.
Bagaimanapun, netizen meminta Dr Fathul Bari cuba melihat perkara itu dari sudut positif yang mana secara tidak langsung ia menggalakkan anak-anak bersolat.
"Tak perlu positif sampai bawa Ultraman. Kita doktrinkan anak-anak dengan fantasi yang merapu. Maaf ya.," balas Dr Fathul Bari.

Ekoran itu, netizen melabelkan beliau sebagai orang yang kurang ilmunya tentang kanak-kanak
loading...
0 Response to "' 'TAK SESUAI BUAT LAWAK MACAM NI'"
Post a Comment