loading...
SEREMBAN – Dua laluan alternatif disediakan untuk pengguna jalan raya yang ingin pulang berhari raya ke Pantai Timur tanpa perlu lagi melalui Jalan Seremban-Kuala Pilah.
Berita gembira itu dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha sambil menjelaskan laluan itu boleh menjimatkan jarak perjalanan antara 10 hingga 14 kilometer.
Menerusi laluan itu, pengguna yang mahu ke Karak, Muadzam atau Temerloh dari arah Nilai, boleh menggunakan laluan Mantin, Lenggeng, Kuala Klawang, Simpang Pertang dan Bandar Sri Jempol.
Manakala dari Pedas, pengguna kenderaan sebenarnya boleh melalui Rembau, Kampung Batu, Dangi, Bahau, Batu Kikir dan Simpang Pertang.
Roslan berkata beberapa ciri keselamatan terbaharu seperti pemasangan papan tanda dan garisan jalan malah telah dinaik taraf di sepanjang laluan berkenaan. – BERNAMA
loading...
0 Response to "Laluan Alternatif Dari N.Sembilan Ke Pantai Timur"
Post a Comment