facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Ibu Tak Sanggup Pecah Cermin BMW Demi Selamatkan Anak

loading...





GILA dan pelik!

Gara-gara terlalu sayangkan kereta mewahnya, seorang wanita di China menerima kritikan dan kecaman hebat daripada pengguna media sosial seluruh dunia apabila enggan memecahkan tingkap kereta BMW miliknya.

Ia sepatutnya perlu dilakukan demi menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam kereta berkenaan.





Kejadian yang berlaku di bandar Yiwu, wilayah Zhejiang itu menjadi heboh apabila orang ramai bertindak mengelilingi kereta BMW tersebut selepas mendengar tangisan seorang kanak-kanak lelaki.

Difahamkan, ketika kejadian tersebut, si ibu hanya berdiri di luar kereta jenama Jerman itu menunggu kedatangan seorang tukang kunci tanpa mempedulikan jeritan simpati anaknya.

Menurut seorang saksi, ibu mangsa juga dikatakan bertindak menghalang anggota bomba yang hendak memecahkan tingkap kereta itu meskipun anaknya yang berusia tiga tahun itu kelihatan semakin lemah.
Bagaimanapun, akibat risau akan keselamatan kanak-kanak berkenaan, anggota bomba terbabit langsung mengabaikan arahan wanita berkenaan dan bertindak segera memecahkan tingkap kereta tersebut.



Mujur kanak-kanar itu masih lagi berada dalam keadaan baik walaupun jenuh sesak nafas teruk.

Insiden sensasi itu kemudian dikongsi di laman sosial sekali gus mencetuskan amarah orang ramai.
loading...

0 Response to "Ibu Tak Sanggup Pecah Cermin BMW Demi Selamatkan Anak"

Post a Comment