facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

'DIA TERUS HILANG BAWA TELEFON YANG BELUM DIBAYAR' - PEMILIK

loading...




KUALA LUMPUR - Pelbagai versi cerita mengenai insiden di Plaza Low Yat tersebar di laman sosial menyebabkan pemilik kedai telefon terbabit tampil menceritakan kejadian yang sebenar.


Lapor Harian Metro, See Ming Ho, 28, mendakwa seorang lelaki yang juga pelanggannya telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit berjenama Lenovo.


Bagaimanapun, lelaki itu terus menghilangkan diri membawa telefon yang belum dibayar itu ketika dia leka mahu memberikan hadiah percuma.


Insiden itu menyebabkan Ming menjerit meminta pertolongan dari peniaga lain yang kemudiannya berjaya mengesan lelaki itu di bahagian lobi.


Lelaki itu berjaya ditahan oleh tiga jurujual dan diserahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis.


Namun, tujuh jam kemudian datang tujuh orang lelaki yang dipercayai rakan lelaki itu kerana tidak berpuas hati dan menyerang ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.


"Kami serahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.


Sementara itu di media sosial, netizen mendesak orang ramai yang mendakwa lelaki yang ditangkap itu mempunyai bukti resit pembelian, tampil mendedahkan resit tersebut.
loading...

0 Response to " 'DIA TERUS HILANG BAWA TELEFON YANG BELUM DIBAYAR' - PEMILIK"

Post a Comment