loading...

'Misteri Banglo Murah Alfafa' ini sudah lama diperkatakan dan sehingga ke hari ini masih tiada jawapan bagi misteri ini.
Bagaimanapun, tampil seorang individu menyiasat dan mendedahkan strategi licik Alfafa Group ini agar ramai yang tidak menjadi mangsa mereka.
Afyan Mat Rawi, telah meminta penjelasan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai Alfafa Group.
"Telah dimaklumkan bahawa Alfafa Group tidak berlesan dan tidak diiktiraf oleh KPKT.
"KPKT telah mengambil tindakan dan penguatkuasaan terhadap Alfafa (sebelum ini) tetapi mereka masih lagi menjalankan kegiatan melalui laman media sosial," kata pengendali laman Facebook rasmi KPKT.
Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh Afyan di laman Facebooknya, Bank Negara Malaysia (BNM) juga pernah memberikan respon terhadap Projek Perumahan Alfafa.

"BNM tidak pernah mengeluarkan lesen kepada individu atau mana-mana syarikat selain daripada institusi kewangan untuk menawarkan apa-apa bentuk skim pelaburan dan mengambil deposit daripada orang ramai," jelas kenyataan BNM pada Afyan pada 4 Oktober 2013.
Sementara itu, wakil dari Alfafa Group pula telah membuat laporan polis pada awal Julai 2015 yang menafikan dakwaan Afyan di laman sosial itu.

Menurut laporan polis yang dibuat itu, ekoran dari pendedahan tidak berasas Afyan, reputasi syarikat mereka terjejas teruk menyebabkan mereka didakwa sebagai penipu.
Wakil Alfafa Group, Muhammad Hazwani Bin Ahmad berkata, mereka akan memfailkan saman terhadap Afyan kerana telah memfitnah dan memburukkan nama syarikat Alfafa.
Dalam perkembangan terbaru hari ini, CEO Alfafa, Ustaz Norsham Abd Aziz pula kesal dengan tindakan beberapa individu yang dikatakan cuba mencemarkan imej syarikat mereka.

"Lain kali kalau nak komen pasal Alfafa, apa salahnya telefon saya, jumpa saya di pejabat Alfafa dan tanya maklumat.
"Saya tak pernah pun kacau bisnes awak. Adakah adil awak nak kacau bisnes saya sedangkan awak tak tahu maklumat?" katanya
loading...
0 Response to " 'ALFAFA GROUP TIDAK BERLESAN & TIDAK DIIKTIRAF' KPKT"
Post a Comment