loading...
GEORGE TOWN - Tangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun parah selepas tersepit di eskalator sebuah puast beli-belah di negeri itu.
Dalam kejadian pada jam 6 petang semalam, mangsa, Ng Wei Kang dikatakan bersama dengan keluarganya yang sedang membeli belah di sebuah pasar raya.
Menurut bapanya, Ng Juen Shen 34, ketika menaiki eskalator itu, anaknya berada di tepi tangan dan memegang bahagian tepi tangga bergerak itu dan tiba-tiba berlakunya bunyi letupan kecil.
Terkejut dengan letupan itu, Juen terus memandang anaknya dan mendapati tangan mangsa tersempit di tepi eskalator itu.
Mangsa terpaksa menahan kesakitan selama 30 minit sebelum anggota bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian.
Lapor media tempatan, tapak tangan mangsa hancur termasuk kelima-lima jarinya.
Pasukan medik yang merawat mangsa mengesahkan tangan kanan mangsa parah hingga ke bahagian pergelangan dan berdepan dengan kemungkinan akan dipotong.
Keadaan mangsa dilaporkan stabil, bagaimanapun masih tidak sedarkan diri.
Ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi anak-anak kecil ketika menaiki eskalator bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku
loading...
0 Response to "5 JARI HANCUR TERSEPIT DI ESKALATOR"
Post a Comment